Assalamualaikum, Bismillah, Pembaca blog yang di muliakan oleh Allah, kelmarin saya merawat seorang pesakit santau yang lama tetapi masih berulang sekali sekala rasa sakit di perutnya dan paru2nya bermasalah.
Setelah bersoal jawab diketahui bahawa beliau ada memakan makanan yang mengandungi cuka dan jeruk yang menyebabkan sakitnya berulang. Saya juga mendapati beliau tidak pernah melakukan bekam pada kawasan yang sakit.
Bekam adalah amat penting bagi pesakit santau terutama di kawasan paru2. Apabila bisa santau dapat dikeluarkan maka paru2 yang sakit ataupun mengecut disebabkan bisa santau boleh pulih dan membesar semula. Untuk makluman , paru2 adalah antara organ badan yang ajaib dicipta oleh Allah yang Maha Agung dimana ia boleh pulih semula dan membesar mencapai saiz asal walaupun sebelumnya mengecut sehingga saiz minima.
Setelah mengenalpasti masalahnya dan memberi beberapa 'prescription ' TAMBAHAN pesakit pun pulang
No comments:
Post a Comment