Followers

Saturday 29 December 2012

BERBEKAM SECARA TERATUR DAPAT HINDARI PENYAKIT2 BERAT

Assalamualaikum, Bismillah Ada berita yang benar-benar menggembirakan bagi orang yang istiqomah@berterusan melakukan bekam iaitu selain dapat pahala mengamalkan sunnah maka mereka akan terhindar dari penyakit2 berat. Cuba perhatikan betul2 hadis di bawah ini dan fikirkanlah tentang hadis ini lebih dari dua kali :

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud) 

Bagi orang yang sihat disarankan berbekam sebanyak 10 cup sekurang2nya dua kali setahun

Ada sedikit masalah kesihatan maka sebaiknya berbekam 3 bulan sekali

Masalah kesihatan sederhana sebulan sekali

Penyakit berat- berbekam seminggu sekali selama tiga minggu berturut2 dan seterusnya setiap bulan sekali sehingga sembuh atau sehingga keadaan kesihatan lebih memuaskan.

Friday 28 December 2012

KESAN2 BURUK RESDUNG YANG TIDAK DIRAWAT

Assalamualaikum, antara tanda2 resdung adalah kerap gatal di hidung, di atas mata, kerap bersin di waktu pagi dan mudah selsema.

Jika dibiarkan maka ia akan bertambah teruk dan boleh terjadi dua komplikasi resdung ke dalam atau resdung keluar.

Resdung ke dalam akan mengakibatkan batuk, selsema dan migrain tetapi kulit muka tetap licin

Resdung keluar akan menyebabkan kulit muka rosak dan tumbuh jerawat yang banyak. Ada juga terjadi badan ditumbuhi jerawat

Sunday 23 December 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGURANGKAN BEBAN ORGAN GINJAL


Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia dimana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih keseluruh tubuh badan.Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah,akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.Dengan berbekam,kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak dibahagian ginjal apabila berbekam dikawasan belakang badan.Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SENGGUGUT DAN HAID TIDAK TERATUR SEGERA BERBEKAM


 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Bagi kaum wanita yang mengalami masalah senggugut dan haid tidak teratur anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali,bagi membuang segala darah kotor serta melancarkan semula sistem peredaran darah dikawasan organ peranakan.

Masalah senggugut selalu terjadi pada kaum wanita yang belum berkahwin dan ini akan menyebabkan sakit perut yang ekstrem sehingga menyebabkan mereka moody dan mudah marah.

Bagi kaum wanita yang sudah berkahwin tetapi sistem haid tidak teratur,untuk jangka masa panjang akan menyebabkan mereka sukar hamil.Titik bekam utuk mengatasi masalah ini ialah berbekam dikawasan pinggang,pinggul serta bawah pusat,insyaAllah sembuh..

APA ITU BEKAM SIHIR ?


Bekam sihir adalah satu kaedah bekam darah bagi pesakit gangguan jin,titik bekam sihir disusun oleh perawat islam yang berpengalaman dalam bidang rawatan sihir,maksudnya titik bekam sihir adalah lokasi kegemaran jin dalam badan manusia.Apabila selesai proses berbekam,pesakit akan terasa ringan dan kesakitan akibat unsur gangguan akan berkurangan sehingga 60%,insyaAllah.

Jurubekam amatur/jurubekam baru yang tiada pengalaman dalam bidang merawat sihir adalah tidak dianjurkan membekam pesakit sihir,ini kerana serang balas sihir agak bahaya jika roh dalaman tidak kuat.Sebelum membekam pesakit jurubekam perlu membaca ayat perlindungan seperti Kursi dan 3 Qul dan semasa proses bekam pula zikir "Allah" perlu dibaca jangan putus dalam hati,insyaAllah jurubekam dilindungi oleh Allah SWT.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM KECANTIKAN


Bekam kecantikan ialah berbekam untuk menghilangkan sebarang jerawat pada muka dan juga pembersihan darah kotor disekitar pembuluh darah kawasan muka.Kawasan titik bekam yang terlibat ialah bawah mata,atas mata dan juga tengkuk.InsyaAllah perjalanan darah akan menjadi lancar dan jerawat sedia ada akan jadi kecut.Lelaki dan wanita boleh cuba rawatan bekam kecantikan ini yer..  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

 Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda,anda disyorkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali.Amalan bekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat,mencairkan darah,melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan,meningkatkan antibodi dikawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no 1 di Malaysia ialah serangan jantung,jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan,insyaAllah kita sama-sama mendapat rahmat kesihatan dariNya.

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR


-Gigi berlaga ketika tidur -Mengerang/mengeluh semasa tidur -Kerap terjaga-jaga semasa tidur -Sukar melelapkan mata bila tidur -Mimpi jatuh dari tempat tinggi -Mimpi dipatuk/digigit/belit binatang berbisa warna hitam -Mimpi berada ditempat kotor/sunyi -Mimpi dukung/menyusu bayi -Mimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali -Kerap ditindih ketika tidur -Sayang melampau pada orang yang baru dikenali -Kerap bergaduh suami isteri perkara remeh temeh -Gagal melakukan hubungan kelamin -Batuk yang berpanjangan -Kerap muntah darah -Kerap melihat kelibat dirumah -Mendengar seperti bunyi guli jatuh atas syiling -Sakit kepala selepas waktu asar -Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar -Sakit tulang belakang dan juga rusuk selepas waktu asar -Gatal-gatal kulit waktu maghrib -Badan panas waktu maghrib -Benci melihat muka suami/isteri -Banyak halangan dalam jodoh

Semua simptom-simptom diatas adalah gejala sihir dan ia perlu dirawat segera dengan 2 kaedah samaada kaedah terapi al quran ataupun berbekam ataupun kedua-duanya sekali bagi meraih kesembuhan yang maksimum,insyaAllah..

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU JIN


Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

1 DARI 2 ORANG MENGIDAP RESDUNG



Simptom resdung..

-Kerap bersin pagi -Nafas berbau -Gatal-gatal hidung dan muka bila makan makanan laut -Rabun -Migrain -Hidung tersumbat

Puncanya - banyak makan kulit ayam, makanan laut , sambal belacan dll

BETAPA BAHAYANYA SYIRIK DARI AMALAN SUSUK


 

Definisi
Amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Jenis-Jenis Susuk
  • Susuk Nyata
  • Susuk Ghaib
Susuk Nyata
  1. Susuk emas (popular-untuk pengasihan)
  2. Susuk berlian (kos tinggi)
  3. Susuk Mutiara (suara merdu)
  4. Susuk geliga buaya (nafsu)
  5. Susuk besi /beruang (kebal)
  6. Susuk bunga (pengasihan-konnnya akan keluar 40 hari sebelum mati)
  7. Susuk Raksa (kebal besi)
  8. Susuk bulu rusa (semangat waja diri)
  9. Susuk buluh Perindu (suara merdu & pengasihan)
  10. Susuk tulang manusia (kononnya boleh nampak alam jin)
Susuk Ghaib
Amalan tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pemakaian Susuk
  1. Pemanis dan seri wajah
  2. Pelaris diri
  3. Pelaris perniagaan
  4. Kebal
  5. Mencantikkan payudara @ kemaluan lelaki
  6. Hebat dalam perhubungan seksual
  7. Memulihkan dara
  8. Menundukkan musuh @ binatang
  9. Pendinding diri
  10. Menjadikan suara merdu
  11. Mengikat kasih sayang
  12. Menjadi muda
Pantang Pemakai Susuk
  1. Pisang emas
  2. Memakan buah kundur
  3. Makan makanan bercucuk seperti sate dan sebagainya
  4. Lalu dibawah jemuran kain basah
  5. Memakan labu
  6. Makan buah @ daun kelor
  7. Melihat bulan penuh dengan niat
  8. Melihat cermin dalam tempoh yang tertentu
  9. Menghadiri Majlis Pengebumian
  10. Diketuk dengan senduk
  11. Mengoyak @ memotong daun palas
Hukum memakai susuk adalah haram disisi agama islam. Bertaubatlah anda sebelum pintu taubat ditutup.

Al-Quran mengatakan:
"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Dalam salah satu hadis dikatakan:
"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)
 
Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. 
Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.
Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
 

PETANDA TERKENA RESDUNG


-Kerap bersin pagi -Nafas berbau -Gatal-gatal hidung dan muka bila makan makanan laut -Rabun -Migrain -Hidung tersumbat


Jika inginkan rawatan resdung yang murah dan mujarab sila hubungi Pn Aisyah di nombor 014 8004086@ 011 29271531

TITIK BEKAM UNTUK MERAWAT RESDUNG YANG KRITIKAL




 
Assalamualaikum, Bismillah. Bagi pesakit resdung yang kritikal,anda boleh berbekam pada point seperti diatas sebanyak 3x iaitu seminggu sekali selama 3 minggu berturut-turut,insyaAllah sembuh.

Friday 21 December 2012

RAWATAN RESDUNG

Assalamualaikum, Bismillah . Kini saya menggunakan dua kaedah yang sangat berkesan untuk merawat resdung dengan kos yang murah sahaja

1) Mengeluarkan lendir resdung dengan menggunakan serbuk herba

2) Melakukan bekam di kawasan muka dan tengkuk

Kedua2 rawatan di atas pada bayaran RM 35 sahaja insyaAllah dapat segera menyelesaikan masalah resdung anda. Sila hubungi Pn Aisyah 014 8004086@ 011 29271531 segera untuk temujanji rawatan

KAEDAH2 BEKAM YANG BERKESAN UNTUK MERAWAT PESAKIT KENCING MANIS

Assalamualaikum, Bismillah. Sudah sepatutnya kita mengucapkan syukur dan berterima kasih banyak2 kepada Allah dan Rasulnya kerana kini kita dapat menyelesaikan masalah penyakit kencing manis dengan berbekam dan dapat mengelakkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat2an.

1) Pesakit kencing manis disarankan berbekam seminggu sekali selama tiga minggu berturut2 dan seterusnya berbekam sebulan sekali sehingga sembuh

2) bekam kali pertama adalah pada semua poin sunnah termasuk kepala (sebaiknya).

3)Bekam pada kali kedua dan berikutnya adalah pada poin2 lain di atas daripada pinggang

Pesakit dilarang keras mengambil minuman bergas, ais krim dan kek yang ada banyak 'cream'

Sunday 16 December 2012

RAWATAN SIHIR TAFRIQ & SIHIR JERUT


Assalamualaikum, Bismillah. Antara kes sihir yang banyak terjadi di Lembah Klang adalah sihir pemisah suami isteri yang menyebabkan berlaku pergaduhan.Kadang2 suami menjadi ganas dengan memukul isterinya sedangkan dahulu perangainya tidaklah kasar. Begitu juga sebaliknya ada isteri yang hilang kawalan diri akibat disihir dan memukul suaminya tanpa disedari . Dan jika tidak dirawat dengan baik maka berakhir dengan perceraian. Pasangan suami isteri hendaklah memperhatikan perubahan sikap pasangannya yang berbeza dari kebiasaan dan membandingkan dengan tanda2 sihir yang terdapat di dalam blog ini atau lainnya dan segera mendapatkan rawatan ruqyah Islamiah
Adakalanya sihir ini dikombinasi dengan sihir jerut di mana suami isteri tidak dapat melakukan hubungan badan. Jika berlaku pada suami maka bagi kebanyakan kes zakar suami tiba2 terkulai lemah dan tidak boleh bangkit lagi apabila hendak dimasukkan ke dalam faraj isteri sedangkan sebelumnya menegang dengan baik.


Bagi si isteri yang terkena sihir jerut ini kebanyakan kes adalah tiba2 hilang nafsu dan jadi gementar ketakutan bila suami ingin memasukkan zakarnya sedangkan ketika bercumbuan nafsunya teransang dengan baik.

Selain diruqyah , mandi dan minum air doa maka di bawah ini adalah kaedah wajib dibuat untuk merongkaikan dan membatalkan sihir ini.:

1) Bekam pada poin sunnah di kepala
2) Makan kurma ajwa 7 biji setiap hari berturut2 selama sebulan. Dan kena sediakan kurma ajwa sebagai bekalan kecemasan untuk dimakan ketika diserang sihir
3) Amalkan habbatussawda secara istiqomah.

Rajinlah amalkan doa ma' thurat pagi dan petang sebagai perlindungan diri .

BEKAM JERAWAT DI BADAN

Assalamualaikum , Bismillah.  Seorang pelajar kejuruteraan sebuah IPTS datang untuk melakukan bekam bagi merawat masalah jerawat di badannya. Dia mengaku kerap memakan ayam daging dan kulitnya. Inilah yang menyebabkan kulit badannya berbintik2 kerana kulitg ayam daging bany7ak mengandungi toksin yang berpunca dari bahan penggemuk ayam.

Apabila dilakukan bekam di kawasan berjerawat banyak darah kotor yang sangat hitam keluar. Saya juga mencadangkan pesakit menyapu kawasan belakang badannya dengan minyak zaitun extra virgin untuk cepat memulihkan kulitnya.

Saturday 15 December 2012

Semangat Yang Kuat Disertai Amalan Memudahkan Kesembuhan Pesakit Sihir




Assalamualaikum, Bismillah.Sikap optimis diri akan sembuh adalah salah satu bentuk sangka baik mukmin kepada Allah.Allah berkata Dia memberikan ganjaran ataupun hukuman kepada hambanya sesuai dengan sangkaan hamba kepadaNya. Apabila kita bersangka baik maka kebaikanlah yang akan diperoleh,begitu juga sebaliknya.

Di dalam alquran Allah mengingatkan kita beberapa kali agar tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Sikap mengharapkan pertolongan Allah memudahkan kehidupan kita dan kesembuhan penyakit walaupun penyakit yang sangat berat sekalipun. Jangan lupa yang Nabi Ayyub lebih menderita daripada kita tetapi tetap mengadu nasibnya kepada Kekasih Sejati

Rawatan Angin Medu


Assalamualaikum, Bismillah. Kelmarin seorang wanita membawa ibunya yang didakwa mengidap sakit angin medu yang sudah lama datang berjumpa saya untuk dirawat. Saya menyuruhnya membawa sebotol minyak zaitun extra virgin dan air mineral.

Dalam sessi ruqyah kelihatan ibunya sendawa mengeluarkan angin yang sangat banyak.Saya menepuk belakang pesakit berulang kali untuk membantu mengeluarkan lebih banyak anginnya.Seterusnya saya menyarankan agar rawatan diteruskan lagi di rumah dengan melakukan mandian dan sapuan minyak zaitun.

Friday 14 December 2012

KAEDAH2 BEKAM DAN RAWATAN KANSER


Assalamualaikum, Bismillah. Di sini diturunkan beberapa tips untuk merawat berbagai jenis kanser

1) Pesakit kanser perlu kerap melakukan bekam sunnah pada kadar seminggu sekali selama 3 minggu berturut2 dan seterusnya sebulan sekali sehingga sembuh

2)Minum dan mandi air ruqyah

3) Minum minyak zaitun  extra virgin ruqyah 3 kali sehari atau kapsul zaitun extra virgin dan sapukan di kawasan kanser.

4) Makan 2 biji kapsul habbatussawda pagi dan 2 biji malam setiap hari selama tiga bulan.

BEKAM KEPADA KANAK2 PEREMPUAN KENA ANGIN PASANG


Assalamualaikum, Bismillah. Dua tiga hari yang lepas saya merawat seorang kanak2 perempuan berumur lima tahun yang disahkan oleh doktor terkena angin pasang di rumah saya di Kuantan.

Untuk mempastikan seseorang terkena angin pasang adalah salah satu kelenjar kanan atau kiri akan membengkak. Apabila kita mengurutnya dari kawasan sekitar buku lali dan naik ke atas kita akan dapat mengesan urat2 yang dimasuki angin di betis, lutut.paha, kelenjar dan perut.

 Kebetulan kanak2 ini selalu diserang bisa2 betis dan bila disentuh betisnya terasa urat yang mengeras akibat dimasuki angin. Setelah membekam betisnya dan mengurut sedikit kelenjarnya saya mendoakan pula pada pesakit dan air untuk dibuat minum dan mandi manakala minyak zaitun ruqyah untuk urutan

Sunday 9 December 2012

BEKAM MERAWAT SIHIR MENGGUNAKAN BAHAN BERBISA SEPERTI BISA ULAR, KALA JENGKING ,LIPAN, LINTAH DAN LAIN2

ulasan gambar: tanda penyakit kulit itu adalah disebabkan sihir  adalah kawasan hitam pada betis akan merebak dan gatal atau berdenyut bisa tetapi doktor tidak dapat mempastikan punca penyakit menggunakan kaedah moden

Assalamualaikum, Bismillah . Kelmarin saya merawat seorang pesakit yang disihir mengggunakan bahan2 berbisa yang menyebabkan kulitnya jadi bersisik dan bertukar warna menjadi hitam. Pesakit juga mengalami simptom batuk, rasa sakit di dalam perut, peha dan betis serta  gatal2 di kawasan yang hitam itu pada masa tertentu. Pada mulanya kawasan hitam di badan dan pahanya kecil sahaja dan semakin merebak dan membesar terutama di bawah lengan dan di paha.

Beliau telah mendapat rawatan di hospital dan doktor mengesahkannya tidak mengidap apa2 penyakit. Saya telah melakukan bekam pada poin2 sunnah dan di kawasan yang hitam dan mendapati pada kebanyakan poin bekam darahnya berwarna hitam pekat dan jaringan tali yang sederhana menunjukkan sihir yang tidak terlampau bisa.

Pesakit merasa lebih segar setelah dibekam dan dicadangkan terus mendapatkan rawatan ruqyah  untuk merawat kesan sihir.

Saturday 8 December 2012

BEKAM CEPAT MENYEMBUHKAN ECZEMA


Assalamualaikum, pesakit eczema yang dirawat minggu lepas datang untuk rawatan susulan dibawa oleh bapanya. Agak menakjubkan juga eczema yang dideritai sekian lama sembuh dan kembali pulih 98% dalam tempoh seminggu sahaja pesakit menjalani rawatan dengan kaedah ruqyah,bekam dan minyak zaitun.

 Pesakit datang untuk meneruskan dengan rawatan asma pula. Mudah2an dipermudahkan kesembuhan oleh Allah.

AMALAN UNTUK MENAMBAH KHUSYUK SOLAT


الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿23:2﴾ 
(23:2) who *2 perform their Salat with humility: *3
*2 The noble characteristics of the Believers pointed out in vv. 2-9 are the arguments to prove the above assertion. In other words, it has been stated that people with such and such traits and qualities only can attain true success in this world and in the Hereafter.

*3 Khashi`un in the Text is from khushu (to bow down, to express humility) which is a condition of the heart as well as of the body. Khushu' of the heart is to fear and stand in awe of a powerful person, and khushu ` of the body is to bow one's head and lower one's gaze and voice in his presence. In Salat one is required to show khushu ` both of the heart and of the body, and this is the essence of the Prayer. It has been reported that when the Holy Prophet once saw a person offering his Prayer as well as playing with his beard, he remarked: "Had he khushu ` in his heart, his body would have manifested it. "

Though khushu ` is actually a condition of the heart, as stated by the above tradition, it is manifested by the body as a matter of course. The Shari `ah has enjoined certain etiquette which, on the one hand, helps produce khushu ` in the heart, and on the other, helps sustain the physical act of the Prayer in spite of the fluctuating condition of the heart. According to this etiquette, one should neither turn to the right or left, nor raise one's head to look up: one may, however, look around from the corner of the eye, but as far as possible, one must fix the gaze on the place where the forehead would rest in prostration; one is also forbidden to shift about, incline side ways, fold the garments or shake off dust from them. It is also forbidden that while going down for prostration, one should clean the place where one would sit or perform prostration. Similarly it is disrespectful that one should stand stuffy erect, recite the verses of the Qur'an in a loud resounding voice, or sing them, or belch or yawn repeatedly and noisily. It has also not been approved that one should offer the Prayer in a hurry.

The injunction is that each article of the Prayer should be performed in perfect peace and tranquillity, and unless one article has been completely performed, the next should not be begun. If one feels hurt by something during the Prayer, one may cast it aside by one hand, but moving the hand repeatedly or using both the hands for the purpose is prohibited. with this etiquette of the body, it is also important that one should irrelevant things during the Prayer. If thoughts come to the mind intention, it is a natural human weakness, but one should try one's
Along avoid thinking without one's utmost that the mind and heart are wholly turned towards Allah, and the mind is in full harmony and tune with the tongue, and as soon as one becomes conscious of irrelevant thoughts one should immediately turn the attention to the Prayer.
 
Kaedah2 yang saya catatkan di sini adalah berdasarkan pemerhatian

1)Kurangkan pembaziran air ketika wuduk- orang yang membazirkan air ketika wuduk jelas telah menjadi kawan syaitan,jadi bagaimana ingin khusyuk jika dari awal lagi telah dikuasai syaitan.

2)Rapatkan saf sehingga bertemu bahu dan tumit- dari maksud hadis Rasulullah saw yang beliau saw nampak syaitan berupa seperti anak kambing duduk di antara saf yang renggang.Bagaimana untuk khusyuk  jika syaitan ada disebelah kaki kamu?

3)Belajar bahasa Arab yang mencukupi untuk menghayati dan memahami bacaan surah dan bacaan solat.Bagaimana ingin khusyuk jika kamu tidak mengerti apa yang kamu sebut?Oleh itu bacalah semua bacaan dalam solat dengan SEPENUH2 perasaan
 
4)Hadirkan hati dalam solat dan sedar kita sebenarnya berhadapan dengan Allah. Jangan salahkan faktor sekeliling seperti anak kecil menangis,bunyi bising dsbgnya menyebabkan kita tidak khusyuk solat kerana faktor sebenar adalah hati yang tidak hadir.Kebiasaannya mujahidin yang sedang berperang dapat khusyuk di dalam solat walaupun bom meletup berhampiran mereka sehingga bergegar bumi yang dipijak.

TIPS DIY UNTUK RAWATAN AUTISME DITAMBAH BEBERAPA KAEDAH SUNNAH


Assalamualaikum,Ibu atau bapa kepada anak yang mengidap penyakit autisme boleh melakukan ikhtiar mudah untuk membantu merawat anak mereka yang mengidap penyakit autisme.Caranya adalah dengan menyediakan 1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10liter dan minyak habbatussawda. Bacakan pada air itu alfatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali, ayat kursi dan 3 qul setiap satunya 7x. Kemudian tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll. Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari.sambil bacakan fatihah7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan. InsyaAllah.

2. Menunggang kuda telah terbukti banyak membantu anak2 autisme

3. Berenang juga ada dijalankan di beberapa pusat terapi untuk anak2 autisme dan down syndrome

MENGATASI KESAN NEGATIF AKIBAT SIHIR PELALAU,PEMBENCI,PENGHALANG REZEKI@ NAIK PANGKAT



Amalan di sini untuk mereka2 yang terkena sihir sehingga menyebabkan rezeki terbatas malah sehingga berhutang piutang. Projek jadi sukar untuk didapati dan pelanggan atau pegawai atasan membenci sehingga nampak muka pun jadi meluat.Juga sesuai untuk yang sukar mendapat jodoh.

1)amalkan doa ini supaya tidak dibenci manusia- Ya ALLAH jadikanlah saya mencintai umat Islam dan jadikanlah umat Islam mencintai saya

2)Amalkan istiqomah membaca surah alWaqiah setiap malam-cubalah hayati maknanya supaya menyentuh hati sendiri.( HADIS RIWAYAT BAIHAQIE)

3)Amalkan solat dhuha empat rakaat untuk mendapat jaminan rezeki sesuai dengan hadis Rasulullah saw

Allahumma akfini bihalalika 'an haromika wa aghnini bifadhlika 'amman siwak- maksudnya Ya Allah cukupkanlah saya dengan rezeki yang halal dariMu bukan yang haram dan kayakanlah saya dengan rahmatMu tanpa mengharap bantuan selainMu

4)Amalkan doa di atas untuk mendapat rezeki yang halal dan mencukupi selepas setiap solat fardhu atau bila2 masa,  dibaca sebaiknya 3 kali ulang

5) Mendoakan orang lain yang kesempitan rezeki agar diluaskan rezeki mereka

6) Membuat kerja bekam yang terbukti dapat menambah pendapatan lumayan secara sambilan

RAWATAN ANAK KENCING MALAM-DIY


Kaedah untuk merawat anak kencing malam terutamanya yang berterusan sehingga meningkat ke sekolah menengah.

1)Pastikan anak anda kencing dahulu setiap kalisebelum masuk tidur malam

2)Pada waktu malam sebelum masuk tidur berikan anak meminum sesudu kecil madu dicampurkan dengan setengah gelas air-bacakan fatihah 1x(madu lebah bela pun ok seperti jenama Naqia,Tok Guru dll)

3)Lakukan bekam -anak2 tidak perlu takut untuk berbekam kerana pembekam yang berpengalaman boleh melaraskan kedalaman jarum bekam supaya tidak terasa sakit.Saya sendiri pernah membekam kanak2 sakit betis yang berumur 4 tahun dan tidak merasa sakit ditusuk jarum.

Doa Pertahanan Mantap Menghadapi Serangan Sihir



Kaedah mudah menghadapi segala jenis gangguan jin dan sihir adalah membaca tiga qul iaitu qulhuallah dan almuawwizatain sebanyak 100 kali sehari. Boleh ditambah bacaan ini mengikut keperluan.

Sebahagian ulama berpendapat ketiga surah ini boleh dibaca sebagai perlindungan diri oleh wanita yang sedang haid atau nifas.

Selamat beramal dan mudah2an diringankan beban kesakitan oleh Allah swt

APAKAH PERBEZAAN BEDAH MAKRIFAT DENGAN BEDAH BATIN?



0digg
Assalamualaikum ustaz,
Pembedahan batin telah muncul sebagai teknik perubatan yang semakin popular dalam masyarakat kita. Ia sering kali dijadikan alternatif kepada pembedahan biasa untuk penyakit-penyakit yang melibatkan ketumbuhan dan barah. Pada luaran dan zahirnya, pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat alquran dan tidak memperlihatkan ciri-ciri yang boleh diragukan dari sudut syara’ (Contoh: kemenyan, jampi serapah dan sebagainya). Apa pandangan Majlis Ulama ISMA dalam isu ini?
Jawapan :
 
Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,
Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)
 
 
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
 
Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.
 
Sebelum saya memperincikan jawapan soalan di atas, terlebih dahulu saya ingin mendekatkan saudara dengan pengalaman yang dilalui oleh beberapa pesakit yang pernah mendapat rawatan tersebut. Tujuan saya adalah untuk memastikan adakah rawatan alternatif ini benar-benar menepati kaedah syara’ ataupun tidak. Saya perturunkan beberapa pengalaman yang dilalui oleh mereka seperti di bawah :
 
Pesakit 1
Encik Ibrahim (bukan nama sebenar) pernah mendapat rawatan ini. Beliau menceritakan pengalaman peribadinya sewaktu beliau dibedah secara batin.Katanya cara dia bedah macam doktor..dibelah dengan keris kecil (besi kuning) , lepas itu potong urat (terasa macam kena gentik pada perut), lepas itu digunting, dijahit…darah tak nampak…tapi beliau seorang sahaja yang nampak urat yang telah dipotong dan darah yang memancut tu… kita tak nampak darah, tapi boleh rasa kena hiris, kena jahit, urat kena potong…pedih pun ada, ngilu pun ada, macam kena jentik pun ada.. Bayarannya terpulang kepada keiklhlasan pesakit, katanya beliau merawat secara ikhlas bukan bertujuan komersial. Pengamal menggunakan alat bedah seperti keris kecil, alat jahit dan gunting. Alat itu beliau tak beli dari mana-mana kedai, tapi datangnya dari dunia ghaib (dihantar atas sejadah masa sembahyang). Katanya beliau sembuh sehingga ke hari ini.
 
Pesakit 2

Pada tarikh 25hb Feb 2009, Encik Fauzi (bukan nama sebenar) menziarahi pesakit kanser kolon yang meninggal. Belum pun genap satu tahun selepas rawatan kemoterapi mengunakan 5-Flurouracil.
Pada hari yang sama juga, beliau ditunjukkan klip rakaman pembedahan batin ke atas pesakit itu, dilakukan sehari sebelum dia meninggal dunia. Bayaran pembedahan RM10,000. Keluarga berpuas hati kerana telah berikhtiar habis-habisan.

Adakah beliau percaya? Apabila melihat, beliau yakin pembedahan dilakukan, tetapi di luar kemampuan manusia biasa. Rumusan beliau, pembedahan dilakukan dengan bantuan lain. Kanser yang dihidapi pesakit sudah begitu teruk, menghalang perjalanan makanan dalam usus. Risiko telah diberitahu kepada pesakit serta keluarga dan mereka telah menandatangani surat menanggung risiko di atas diri sendiri.

Di dalam hati beliau bertanya sama ada pembedahan sebegini mengambil kira margin keselamatan (safe margins) atau tidak. Mungkin tidak, kerana ada pesakit kanser payudara yang beliau jumpai di klinik, mendapat kanser berulang selepas dibuang ketumbuhan secara pembedahan batin semasa mula menjumpai ketulan kanser di payudara. Akhirnya, kena terima kemo yang kuat dan kanser sudah merebak ke paru-paru dan tulang.
 
Kita dapat merumuskan beberapa persoalan yang timbul daripada pengalaman mereka di atas :
  1. Adakah Pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran ketika memberi rawatan dan tidak diragui dari sudut syara’ ?
  2. Adakah Pengamal tersebut menggunakan khidmat khadam ghaib untuk menyembuhkan pesakit ?
1. Adakah Pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran ketika memberi rawatan dan tidak diragui dari sudut syarak ?
 
Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se­bagai Ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan. Ini dapat kita lihat daripada sumber periwayatan Imam Muslim yang menyatakan :
 
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ: «كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ »
 
Maksudnya :
Daripada Auf bin Malik r.a berkata:
“Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi s.a.w. : Ya ! Rasulullah S.A.W. apakah pandangan anda tentang jampi ? lalu baginda S.A.W. meminta kepada mereka agar mereka memperdengarkan jampi yang digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda S.A.W menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik”.
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab La Ba’sa bi al-Ruqaa, Hadis bernombor 4079)
 
قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ وَسَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ لَدَغَتْ رَجُلاً مِنَّا عَقْرَبٌ وَنَحْنُ جُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ
»اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرْقِي قَالَ : « مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ
 
Maksudnya :
Abu Zubair berkata : Aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah S.A.W. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah S.A.W. ! bolehkah aku jampi ? Baginda S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”
 
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4076)
 
Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Seorang Sahabat, Jabir R.A memberitahu Rasulullah S.A.W bapa saudaranya pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda S.A.W terus melarang amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir R.A kemudian menemui baginda S.A.W dan memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah mendengar, baginda S.A.W menjawab,“sekiranya ada di antara orang Islam yang berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian”.
 
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4077)
 
Dalam peristiwa ini baginda S.A.W mula-mula menegah bapa saudara Jabir R.A melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda S.A.W membenarkannya apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Daripada sumber ini, para ulama’ telah meletakkan beberapa syarat terhadap penggunaan jampi mentera atau serapah yang dibolehkan dan digunakan :
  1. Menggunakan ayat al-Quran.
  2. Menggunakan bahasa yang difahami.
  3. Jangan mengi’tiqadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Berbalik kepada amalan tradisi kita yang menggunakan ayat-ayat al-Quran oleh Pengamal perubatan alternatif tidak semesti membuktikan apa yang dilakukan oleh individu yang terlibat adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
 
Dalam jampi mantera serapah Melayu, sebahagian daripada jampi yang dituturkan ketika melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, sebutan nama nabi, nama-nama khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut.
 
Walaupun demikian di tengah-tengah jampi, mantera atau serapah tersebut, dipanggil nama-nama jin, yang “diperintahkan” datang, mengganggu orang-orang tertentu, merasuk, menguasai roh orang berkenaan membolehkan orang yang berkenaan hilang akal, sasau atau sebagainya dengan izin Allah.
 
Sebutan-sebutan terhadap jin atau jin-jin itu dituturkan dengan perlahan, yang hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri sahaja, tidak difahami atau didengar dengan jelas oleh pelanggan yang berada di hadapannya. Ungkapan kata yang berunsurkan Islam disebut dengan kuat dan jelas pada permulaan juga pada akhir jampi.
 
Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat al-Quran, kandungan Hadith ataupun doa dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam. Kalimah-kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi mantera ataupun serapah.
 
Penggunaan ayat-ayat al-Quran seperti dijelaskan, juga kalimah-kalimah yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Islam pada hakikatnya lebih banyak mengelirukan. Dalam banyak hal, kalimah-kalimah tersebut dicampuradukkan dengan nama-nama jin yang tidak diketahui hakikatnya, juga kata-kata yang tidak difahami maknanya, tidak dapat ditafsirkan dengan tepat.Ungkapan seperti ini terdapat dalam jampi, mantera dan serapah yang digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, terutama untuk rawatan dan persembahan teater tradisional.
 
Penggunaan kalimah-kalimah Allah yang diselit-selitkan dengan nama malaikat, Nabi, kalimah syahadah di samping sebutan nama jin dan syaitan merupakan perbuatan menghina atau mempersenda keagungan Allah yang diistilah sebagai istihza’ malah dalam ungkapan jampi pengasih misalnya, penggunaan kalimah-kalimah tersebut bagi tujuan jahat, menundukkan seseorang supaya jatuh kasih kepadanya menyebabkan mangsa rindu dendam, tertumpu akal fikiran dan ingatannya kepada orang yang memuja.
 
Walaupun demikian, kerana ungkapan tadi selalunya dituturkan dengan cepat, suara perlahan dan sukar didengar dengan jelas, selain kalimah Bismillah di awal kata, diikuti sebutan salam dan kalimah syahadah di akhir ungkapan, maka ia akan menimbulkan anggapan bahawa apa yang dibaca oleh penutur adalah terdiri daripada ayat-ayat al-Quran.
 
Di bawah ini diperturunkan satu rangkaian kata jampi pengasih sebagai contoh:Bismi ‘Llahi ‘r-rahmani r-rahim; bismillah urat daun; bismillah tembakau cina; bismillah asap pucuk; hei jin segala jin; pergi ambil hati (dengan menyebut nama mangsa dan nama ibunya); hantar mari kat aku; kalau tidak aku sumpah engkau; sumpah baginda rasulullah; dengan baginda rasulullah; dengan berkat doa; la ilaha illa ‘llah; muhammad ‘r-rasulullah.
 
Ungkapan di atas mengandungi Bismillah sepenuhnya sebagai pembuka kata. Selepas menyebut sebanyak tiga kali, jin dipanggil mengambil hati gadis yang dipuja, untuk dihantar kepada penutur atau pemuja. Perbuatan seperti ini, iaitu yang melibatkan jin sama ada disedari penutur atau tidak, termasuk dalam amalan sihir. Berdasarkan keterangan ini, biarpun dalam ungkapan yang dikenali sebagai jampi, mantera atau serapah itu mengandungi ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis, doa ataupun hanya sebahagian daripadanya, tetapi ia disertakan dengan sebutan nama iblis dan syaitan, disertakan sebutan nama-nama dewa ataupun Tuhan sembahan selain daripada Allah, maka sebutan itu adalah terlarang. Untuk memperkuat arahan, penutur kepada jin, agar ia pergi mengambil hati si gadis, dikatakan bahawa ia akan disumpah dengan menyebut nama baginda Rasulullah.
 
Hal demikian memperlihatkan bahawa sumpah yang dikenakan terhadap jin yang ingkar seolah-olah datang daripada Rasulullah ataupun berlaku hasil keberkatan menyebut nama nabi. Dalam masa yang sama sumpah juga dikenakan dengan menyebut keberkatan doa kalimah La ilaha illa ‘Llah, Muhammada ‘r-rasulullah.
 
Penutur kata ungkapan kata ini hakikatnya melakukan pemujaan dengan mencampuradukkan kalimah Allah untuk memanggil jin bagi menundukkan mangsa. Kalau enggan, ia akan kena sumpah. Ini memperlihatkan seolah-olah jin itu khadam penutur. Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri atau lain-lainnya boleh menyebabkan pemesongan iktikad seperti yang dijelaskan. Mereka adalah terdiri daripada orang yang sesat seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah S.W.T,
Yang bermaksud, “Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang Kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa Yang menurutmu dari orang-orang Yang sesat (dengan pilihannya sendiri)” .
(Al-Hijr : 42)
 
Bagi orang awam, apatah lagi mereka yang tidak mengetahui bahasa Arab menganggap dan berkeyakinan bahawa orang yang terlibat menggunakan ayat-ayat al-Quran, padahal sesetengah ayat al-Quran yang digunakan telah diseleweng daripada ayat yang sebenar, pada barisnya, pada kalimah-kalimah tertentu dan sebagainya. Selain itu, masyarakat masih banyak beranggapan bahawa amalan kebatinan, tidak kira sama ada untuk rawatan, ilmu kebatinan mempertahankan diri diharuskan sekiranya menggunakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa. Anggapan ini adalah salah.
 
Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan. Namun, sekiranya ia disertai dengan sihir, iaitu melibatkan jin-jin, perbuatan tersebut adalah salah kerana amalan itu termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir. Berdasarkan keterangan ini, juga bukti-bukti lain yang dapat difikir logiknya ternyata bahawa bukan mudah seseorang itu, iaitu orang awam untuk mempastikan amalan itu sebagai menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir dan sebagainya.Ia juga dikenali sebagai al-mu’awwizat atau at-ta’awwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan ruqyah lebih terkenal.
 
Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit, memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.
 
2. Adakah Pengamal tersebut menggunakan khidmat jin untuk menyembuhkan pesakit ?
 
Mengikut pengalaman yang dilalui oleh pesakit dan pelanggan yang pernah mengunjungi pusat rawatan ini percaya bahawa Pengamal perubatan ini menggunakan khidmat khadam ghaib seperti pengalaman yang dilalui oleh Pesakit 1 di atas. Kata beliau : “Pengamal menggunakan alat bedah seperti keris kecik, alat jahit dan gunting. Alat itu beliau tak beli dari mana-mana kedai, tapi datangnya dari dunia ghaib (dihantar atas sejadah masa sembahyang)”.
 
Disokong lagi dengan pengalaman Pesakit 2 katanya : Apabila melihat, beliau yakin pembedahan dilakukan, tetapi di luar kemampuan manusia biasa. Rumusan beliau, pembedahan dilakukan dengan bantuan lain.
 
Perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak adakah perubatan alternatif ini bertepatan dengan syara’ atau sebaliknya. Untuk menyelesaikan isu ini, marilah kita menjenguk sekejap pandangan ulama’ muktabar yang pernah menghadapi situasi ini yang telah meletakkan beberapa kaedah setelah penelitian kepada nas-nas yang ada. Pandangan ini ada yang pro dan kontra. Saya cuma ingin meneliti kesemua hujah yang ada supaya kita boleh sampai kepada beberapa kesimpulan nanti.
 
1. Pandangan Pro :
Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa, Jil. 11 / hal. 307-308) dan Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah (fatwa bernombor 193) mengharuskan khidmat Jin dengan syarat penggunaan mereka pada perkara-perkara yang diharuskan di samping wasilah juga diharuskan oleh syara’. Ini bermakna rawatan kepada pesakit menggunakan khidmat jin di antara perkara yang diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Pandangan beliau disokong oleh Syeikh Abdullah Al-Faqih, Penasihat Institut Fatwa yang mengutip beberapa Kaedah Usul dan Amalan Salafussoleh, di antaranya :
 
1.1 Kaedah syara’ menyatakan : Asal sesuatu perkara itu adalah harus selagi tidak ada dalil yang melarangnya. Oleh kerana tidak ada nas yang melarangnya maka ia kembali kepada kaedah asalnya iaitu hukumnya harus.
 
1.2 Khidmat yang diminta adalah khidmat masyarakat yang diharuskan seperti mengawal rumah daripada dicerobohi, mengembalikan duit yang telah dicuri atau mengelakkan sebarang mudarat yang datang daripada musuh dan sebagainya sebagaimana pertolongan manusia sesama manusia.
 
1.3 Khidmat jin ini hendaklah daripada jin Muslim kerana ianya tidak akan membawa sebarang mudharat kepada diri mereka. Kalau sekiranya khidmat datang daripada jin Kafir maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu khidmat itu tidak membawa kepada unsur-unsur syirik.
 
1.4 Ada pendapat yang menolak keharusan khidmat jin ini kerana beralasan bahawa khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. adalah kurniaan dan anugerah Allah S.W.T hanya kepada baginda a.s. dan tidak kepada selain baginda a.s. Sebenarnya dalil tersebut bukan menjadi hujah yang qat’ie di kalangan para ulama’ mujtahidin kerana khidmat jin kepada Nabi Sulaiman a.s. adalah merupakan kewajipan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sedangkan khidmat jin yang kita maksudkan ialah pertolongan dan bantuan jin pada perkara-perkara yang diharuskan oleh syara’ berdasarkan pilihannya bukan kerana kewajipannya.
 
2. Pandangan Kontra :
 
Tidak harus berinteraksi dengan jin dalam melakukan rawatan kepada pesakit. Mereka yang menyokong pendapat ini adalah terdiri daripada Sohibus Samahah Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Majallah al-Dakwah, bil. 1602, Rabiul Awal 1418 H, hal. 34), Fadhilah Syeikh Soleh al-Fauzan ( Al-Sihr wa Sya’uzah, hal. 86-87), Syeikh Soleh bin Abdul Aziz Al Al-Syeikh (Majallah al-Dakwah, bil. 1683, Zulqaedah 1419 H, hal. 23), Dr. Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd (Al-Sihr Bain al-Haqiqah wa al-Khayal, hal. 211), Syeikh Mohd Nasiruddin Al-Bani, Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin (Al-Qaul fi Murtakazat Mu’alaji al-Sor’ie wa al-Sihr wa al’Ain) , Abdul Rahman Hasan Hanbakah al-Maidani (Al-Aqidah al-Islamiah, hal. 290) dan lain-lain. Di antara hujah-hujah mereka seperti berikut :
 
2.1 Banyak riwayat dalam kitab-kitab Hadith menceritakan cara-cara Nabi S.A.W. merawat dan mengubati penyakit sebagaimana yang biasa diketahui oleh orang ramai di zaman ini. Baginda S.A.W. sendiri berbekam dan menyuruh orang lain berbekam, juga baginda S.A.W. menghantar Tabib (Doktor) bagi mengubati sahabatnya R.A. Begitu juga baginda S.A.W. mengamalkan jampi mentera dan dijampi dan menyuruh para sahabatnya dengan jampi mentera. Kalaulah beliau mendapat khidmat jin Muslim sebagaimana dakwaan setengah-setengah pihak tentulah pada hari Nabi S.A.W. terkena sihir daripada Yahudi dan juga para sahabat baginda R.A di mana ada yang dirasuk jin, diserang pelbagai penyakit di segenap bahagian tubuh dan sebagainya tercatit dalam kitab hadith yang menyebut bahawa Nabi S.A.W. dan para sahabatnya R.A mendapat bantuan dan pertolongan jin. Kesemua dalil dan penghujahan dari sudut perbuatan baginda S.A.W., perkataan dan pengakuannya (taqrir) sudah cukup membuktikan bahawa baginda S.A.W. tidak mendapat sebarang pertolongan daripada jin.
 
2.2 Islam sentiasa memandang serius segala aspek yang bersangkutpaut dengan aqidah kepada Allah S.W.T. agar manusia tidak terjebak dalam kesyirikan. Oleh itu pintu-pintu ke arah kesyirikan sentiasa ditutup dan dikawal dengan ketat. Apabila seseorang Tabib yang merawat pesakit dengan bantuan jin, hatinya sentiasa bergantung harap kepada bantuan Allah dan jin dalam melakukan proses rawatan pada mulanya. Lama kelamaan pergantungan hati kepada Allah S.W.T. sudah bertukar sepenuhnya kepada bantuan jin maka wasilah syirik ini sudah terbina dan akan memudahkan seseorang Tabib tergelincir dari aqidahnya. Begitu juga kepada pesakit yang lemah imannya akan mempercayai bahawa penyakitnya sembuh kerana bantuan jin bukan daripada Allah S.W.T. Walaupun tidak ada dalil qati’ yang mengharamkan khidmat jin tetapi Kaedah Sad al-Zarai’i ini sebagai kaedah yang praktikal untuk menjaga dan mengawal beberapa maslahat syariat terutamanya yang berkaitan dengan aqidah.
 
2.3 Kita wajib membezakan di antara jampi mentera dengan sihir kerana perbuatan itu pada zahirnya hampir sama. Jampi mentera atau serapah akan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan sebutan yang dibenarkan oleh syarak tanpa pertolongan jin sedangkan Ahli Sihir akan membaca jampi untuk memanggil dan menyeru jin supaya datang menolong dan menyelesaikan hajat-hajat mereka.
 
2.4 Perlu diketahui bahawa asal kejadian jin adalah daripada api. Api tabiatnya membakar. Oleh itu tabiat sifat asalnya adalah zalim, melampau, cepat berbolak balik dan bertukar daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain. Begitu juga dia boleh bertukar daripada kawan yang baik kepada musuh yang ketat dan mengheret kawannya kepada azab sengsara apabila dia mengetahui manusia dalam keadaan lemah dan boleh menguasainya. Apabila begitu tabiatnya, kenapa kita perlu mengambil jin sebagai kawan sedangkan kawan kita yang sejati ialah orang yang mengikut al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W di kalangan para Sahabatnya, Tabi’, Tabi’ Tabien dan para Solihin.
 
2.5 Khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. adalah kurniaan dan anugerah istimewa daripada Allah S.W.T kepada baginda a.s. Sebagai contohnya baginda a.s mendapat khidmat jin dalam usaha memindahkan istana Puteri Balqis dari Negara Yaman. Peristiwa bersejarah yang berlaku ini bukan syariat yang ditinggalkan oleh Nabi Sulaiman a.s. menjadi ikutan kita sebagaimana syariat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. bukan menjadi hujah keharusannya kerana tidak ada dalil qat’ie yang menunjukkan syariat itu terpakai dan diamalkan oleh Nabi kita S.A.W. dalam kehidupannya.
 
2.6 Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapatkan maklumat atau menggunakannya sebagai khidmat sosial kepada masyarakat. Oleh kerana adanya aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin kerana dibimbangi boleh membawa kepada syirik . Kita perlu berwaspada kerana jin mempunyai nafsu yang mahu dirinya dipuja. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan dan ini akan membawa manusia hanya mencari perlindungan kepada mereka semata-mata.
 
2.7 Tidak harus menggunakan khidmat jin walaupun perkara itu harus kerana Nabi S.A.W tidak meminta pertolongan mereka walaupun ketika berjihad di medan perang, usaha mendapatkan berita-berita musuh dan sebagainya sedangkan ketika itu baginda S.A.W sangat-sangat memerlukannya tetapi baginda S.A.W tidak melakukannya. Oleh kerana ia merupakan sifat orang-orang Jahiliah yang sentiasa meminta pertolongan daripada mereka maka Islam mengharamkan perkara ini dalam firmannya,
 
Yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”.
(Al-Jin : 6)
 
Dalam ayat ini, Allah S.W.T mendedahkan kepada kita bahawa jin boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang seperti mana yang berlaku kepada Musyrikin Arab yang sentiasa meminta perlindungan kepada jin-jin ini ketika ditimpa kesusahan dan ketakutan. Ini memberi kesan jelas kepada aqidah dan pegangan mereka hingga membawa mereka kepada menyembah jin dan melakukan sembelihan kerananya dan akhirnya melakukan kerja-kerja yang kononnya diperkenankan oleh jin-jin tersebut. Natijah daripada hubungan dua hala dengan jin ini tidak akan membawa sebarang kebaikan kerana dua alam yang berbeza iaitu alam nyata dan alam ghaib yang kita tidak dapat mengenal hakikat dan tabiat alam ini kecuali daripada sumber al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.
 
2.8 Penasihat Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia, Datuk Dr Harun Din, beliau menjelaskan bahawa pembedahan batin melibatkan penggunaan syaitan dan jin sebagai perantaraan. “Kaedah tersebut semestinya membawa kepada khurafat dan syirik. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Banyak tokoh agama di Malaysia berpendapat bahawa mereka berasa waswas dengan pembedahan batin,”
 
2.9 Menyedari isu pembedahan batin yang semakin mendapat perhatian masyarakat, sidang editor Dewan Masyarakat mendapatkan pandangan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr. Razman Jarmin.
 
Menurut beliau terdapat dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit – perubatan moden dan perubatan tradisional. Perubatan moden mempunyai prosedur ataupun ujian tertentu untuk mengesan penyakit, manakala rawatan batin berlandaskan kepercayaan semata-mata.
 
Terdapat pesakit yang percaya penyakit mereka semakin pulih setelah mendapatkan rawatan batin. Persoalannya, adakah sesuatu penyakit itu sembuh disebabkan rawatan tersebut? Dr. Razman juga tidak menolak kemungkinan penyembuhan penyakit berlaku secara kebetulan. Hal ini demikian kerana, beliau mendapati masih belum ada bukti empirikal yang dapat menyatakan keberkesanan pembedahan batin.
 
“Kami (Pakar bedah) tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan alternatif kerana menjadi hak pesakit menentukan rawatan yang mereka mahukan. Namun terdapat banyak pesakit yang semakin teruk setelah membuat pembedahan batin.” Jelas Dr. Razman.
 
Menurut Dr Razman, faktor yang menyebabkan pembedahan batin begitu popular dalam kalangan pesakit adalah kerana perubatan tersebut lebih mudah dipercayai dan mudah tersebar dari mulut ke mulut.
 
Saya cabar mereka kemukakan bukti. Jika benar mereka pakar dalam melakukan pembedahan tanpa meninggalkan kesan parut, saya berpendapat pengamal ini layak mendapat Anugerah Nobel,” ujar Dr Razman yang mendakwa bahawa pakar perubatan moden juga sedang beusaha melakukan pembedahan tanpa kesan parut.
 
Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ramli Abdul Ghani, menjelaskan bahawa pembedahan batin bercanggah dengan konsep peubatan Islam dan perubatan moden. Oleh hal demikian, kerajaan tidak mengiktiraf sebarang bentuk pembedahan batin.
 
(Artikel : Pembedahan Batin Keberkesannya Diragui, Majalah Dewan Masyarakat, Julai 2009)
Setelah kita dihidangkan dengan pandangan pro dan kontra di kalangan ulamak-ulamak muktabar selepas penelitian kepada nas-nas yang ada maka saya memilih pandangan kontra iaitu tidak harus berinteraksi dengan jin kerana kekuatan hujah dan berdasarkan realiti kini dengan sebab-sebab berikut, seperti di bawah :
 
1. Pendapat Imam Ibnu Taimiyah yang mengharuskan berinteraksi dengan jin ini perlu dilihat dan direnung sejenak kerana suasana kehidupan masyarakat Islam di zaman Imam Ibnu Taimiyah adalah begitu kuat pegangan mereka terhadap hukum dan manhaj Islam ketika itu dilaksanakan dan ditegakkan di samping kesedaran dan kefahaman agama di sisi ulamak dan orang awam juga mantap berbanding dengan zaman kita ini.
 
2. Pendapat beliau tentang berinteraksi dengan jin adalah terlalu umum dan tidak khusus kepada aspek rawatan dan perubatan. Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ al-Fatawa : 11/307 menegaskan bahawa hendaklah seseorang itu mempunyai pengetahuan Islam yang cukup sebagai syarat asasi untuk berinteraksi dengan jin kerana mereka mengetahui perincian hukum-hukum syarak, dapat membandingkan di antara maslahat dan mafsadah, di antara halal dan haram dan kadang-kadang mereka mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang awam sedangkan di hari ini kebanyakan mereka yang berinteraksi dengan jin ini jahil dalam masalah hukum-hakam, tidak memahami kaedah syarak dan tidak dapat membezakan di antara rukun dan wajib. Kalaulah ditakdirkan Imam Ibnu Taimiyah hidup di zaman kita ini, pasti beliau akan berpendapat bahawa berinteraksi dengan jin adalah tidak harus kerana kesan berinteraksi dengan jin tersebut akan membawa mereka kepada terpesong aqidah. Sebagai contoh dalam realiti kita hari ini terdapat segelintir manusia yang sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata hendak memiliki tangkal, cincin dan sebagainya kerana mendakwa terdapat jin Islam yang menjaga dan boleh menolong mereka untuk menyampaikan hajat masing-masing dan sebagainya.
 
3. Kebanyakan hadith-hadith yang mengharuskan berinteraksi dengan jin datang dalam bentuk lafaz sighah tamridh ( رُوِيَ ). Ini bermakna lafaz yang digunakan itu dari sudut ulamak hadith menunjukkan bahawa rangkaian periwayatan hadis-hadis tersebut adalah tidak thabit dan benar-benar pasti. Maka kedudukan hadith-hadith ini jelas tidak boleh menjadi hujah tentang keharusan berinteraksi dengan jin terutamanya kepada orang-orang jahil di hari ini yang banyak merujuk kepada dalil-dalil tersebut dan kesannya ia boleh membawa kepada terpesong aqidah mereka dan menjauhi mereka daripada Allah S.W.T.
 
4. Sejajar dengan garis panduan perbomohan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) demi mengelak masyarakat terlibat dalam perkara-perkara khurafat, tahyul, sihir dan amalan-amalan yang bertentangan dengan aqidah maka garis panduan ini diperkenalkan seperti berikut :
 
4.1. Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul atau tidak.
 
4.2. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudrat Allah S.W.T.
 
4.3. Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah S.W.T semata-mata.
 
4.4. Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum atau ‘menurun’ kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengannya.
 
Kesimpulan
  1. Jika seseorang Pengamal pembedahan batin mengamalkan bacaan-bacaan ayat al-Quran dan wirid-wirid yang ma’thur serta tidak bercampur aduk dengan sebutan-sebutan yang meragukan dan boleh membawa kepada syirik maka Islam mengharuskannya.
2. Untuk tujuan rawatan dan pengubatan, kita dibenarkan menggunakan apa jua cara asalkan kaedah rawatan yang akan dijalani itu tidak mengamalkan perkara-perkara berikut:
 
2.1 Berinteraksi dengan jin.
2.2 Mengandungi unsur-unsur syirik.
2.3 Penggunaan bahan yang haram.
2.4 Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
2.5 Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
 
Sekian Wallahu A’lam.
 
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad
Ahli Panel MUIS