Followers

Saturday 8 December 2012

Petua Hidup Bahagia-Jadilah wanita yang berjuang


Dalam peperangan menentang Romawi, Amirul Mukminin Usman b Affan melantik Hubaib bin Musallamah alFahri sebagai ketua pasukan muslimin. Isteri Hubaib termasuk sebagai seorang tentera muslimin.Sebelum berperang beliau mengunjungi pasukan tenteranya lalu isterinya bertanya "Di manakah posisimu jika peperangan telah sengit dan barisan telah terpecah?"Hubaib menjawab" Engkau akan mendapati aku di khemah pemimpin tentera Romawi atau di syurga."

Apabila peperangan semakin sengitn kelihatanlah Hubaib bersama beberapa orang berperang dengan keberanian yang tiada tandingannya. Allah memberi pertolongan kepada mereka dapat mengalahkan tentera Romawi. Hubaib bersegera pergi ke khemah panglima Romawi untuk menunggu isterinya. Ketika sampai di pintu khemah ia sangat terkejut mendapati isterinya lebih dahulu berada di dalam khemah panglima musuh.

Sekiranya semua kaum wanita seperti isteri Hubaib,sudah tentu mereka lebih baik daripada lelaki dansekiranya mereka berani berperang jihad maka sudah tentu telah selesai masalah Palestine, Afghanistan, Myanm ar dsbgnya.

No comments:

Post a Comment