Followers

Saturday 1 December 2012

GANGGUAN JIN DI PIHAK ISTERI BOLEH MENYEBABKAN SUAMI DINGIN SEKS






Assalamualaikum,


Seminggu yang lepas kami menerima jemputan dari seorang surirumah berumur awal 30an di Klang yang inginkan rawatan aura seri.Beliau berminat rawatan aura seri ini kerana beliau merasakan suaminya kurang mengambil perhatian pada diri beliau lebih-lebih lagi hal nafkah batin semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini.

Dipendekkan cerita kami membacakan ruqyah aura seri pada beliau,dalam masa sesi ruqyah kami melihat surirumah tersebut tidak selesa seperti sakit pinggang dan sebagainya.Lalu saya menepuk pinggang surirumah terbabit sambil membacakan ayat pemecah tapak jin,alhamdulillah surirumah tersebut muntah dan badan mulai teras ringan.

Setelah selesai sesi ruqyah,kami bertanyakan apa respon pada tubuh badan semasa kami membacakan ayat-ayat ruqyah tadi.Surirumah tersebut menyatakan yang beliau sakit pinggang dan muka terasa panas,mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas,jika simptom sakit pinggang semasa diruqyah itu adalah petanda pesakit terkena sihir pemisah rumahtangga.

Selain itu,surirumah tersebut menyatakan yang beliau sering bermimpi dipatuk ular semenjak kebelakangan ini,mimpi dipatuk ular adalah petanda kita sedang diganggu jin.Sebelum pulang kami menerangkan panduan selepas rawatan kepada beliau seperti minum air doa dan mandi air doa beserta bunga dan limau nipis selama 3 hari,insyaALLAH sembuh dan wajah pun berseri.

Perawat adalah Mualij Ahmad rakan kerja Ust Hanafiah

No comments:

Post a Comment