Saiz bulan mempengaruhi daya graviti bumi,jika bulan mengambang penuh bermakna graviti pada tahap maksimum dan jika berbekam pada waktu tersebut,darah kotor/toksid akan keluar dari badan dalam keadaan maksimum.
Waktu bulan penuh ialah pada pertengahan bulan islam dan tarikh
terbaik berbekam sunnah ialah pada 17hb/19hb/21hb mengikut
kalendar islam berdasarkan banyak hadis yang diriwayatkan.
Di dalam Sunan Abu Daud, dari hadith Abu Hurairah r.a. disebutkan secara marfu’, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
من احتجم لسبع عشرة أو تسع عشرة أو احدى وعشرين كانت شفاء من كل داء
Ertinya :”Barangsiapa melakukan bekam pada tarikh 17,19 atau 21, maka akan sembuh dari setiap penyakit.”
Dalam Sunan Ibnu Majah daripada Anas r.a. diriwayatkan secara marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
من أراد الحجمة فاليتحر سبعة عشر أو تسعة عشر أو احدى وعشرين ولا يتبيغ بأحدكم الدم فيقتله
Ertinya
: “Barangsiapa ingin berbekam, hendaklah mencari tarikh 17, 19 dan 21.
Jangan sampai mengalami ketidakstabilan darah, kerana hal itu boleh
mematikan.”
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dalam Jami’-nya daripada hadith Ibnu Abbas secara marfu’:
ان خير ما تحتجمون فيه يوم سابع عشرة أو تاسع عشرة ويوم احدى وعشرون
Ertinya :
“Sesungguhnya waktu terbaik untuk melakukan bekam adalah pada tarikh 17,19 dan 21 setiap bulannya.”
No comments:
Post a Comment