Followers

Sunday 25 November 2012

MERAWAT PESAKIT WANITA YANG BERSILAT


Assalamualaikum ,Bismillah,Seminggu yang lepas saya berkesempatan meruqyah seorang pesakit wanita yang mengalami masalah gangguan jin iaitu beliau sering menghadapi masalah setiap perhubungan dengan lelaki.Beliau mendakwa sejak kebelakangan nie semacam ada satu sikap pelik dimana dia suka/selesa berkawan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pesakit ini sebolehnya berubat sehingga sembuh dan dalam masa yang sama cuba melawan perasaanya yang suka berkawan dengan suami orang kerana ia adalah suatu perkara yang tidak baik.

Sebaik sahaja ruqyah mula dibacakan,pesakit bersilat dengan agresif hingga berselerak premis saya dibuatnya.Saya menghentikan rawatan dan membawa pesakit ke kedai lagi satu iaitu kedai Utz Khanapiah yang agak besar sedikit.Saya memulakan sesi ruqyah kembali,pesakit masih bersilat dan cuba menyepak perawat,saya hentikan rawatan dan mengikat kaki pesakit dengan kain.Tetapi pesakit yang sedang kerasukan itu pun dapat membuka ikatan kain tersebut..Saya tiada pilihan dan terpaksa berkasar dengan jin pengganggu dengan menepuk kuat 3x belakang pesakit dengan membaca ayat pemecah afahasibtum..Jin pengganggu mulai jinak dan tidak agresif lagi,alhamdulillah saya dapat membaca ayat-ayat ruqyah dengan tenang sehingga tamat.

Memandangkan pesakit datang dengan seorang kawan wanita,saya menyuruh pesakit membeli ais 4 kilo dan menyuruh kawannya memandikan beliau dengan air ais yang sudah dicampur air ruqyah tadi.Semasa sesi mandian saya ada mendengar jeritan jin pengganggu yang kesakitan...padan muka kamu jin..rawatan tamat.

No comments:

Post a Comment