Followers

Sunday 25 November 2012

MUKJIZAT BEKAM MAMPU MEMBANTERAS SEGALA GANGGUAN JIN


Assalamualikum, Bismillah. Bagi pesakit yang mengalami pelbagai gangguan jin seperti histeria,santau,sihir dan saka,jika di kawasan tempat tinggal anda tiada perawat islam,anda juga boleh mendapatkan khidmat bekam seminggu sekali secara istiqomah dengan mana-mana jurubekam...Ini kerana kaedah bekam sunnah juga mengikut pengalaman saya yang lepas-lepas memang terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan akibat segala jenis penyakit gangguan jin...Jadi pesakit tidak perlu lagi untuk berjumpa dengan bomoh/pawang/dukun dalam merawat segala jenis gangguan jin...jadi keraplah berbekam,insyaAllah sembuh...

Bagi perawat-perawat islam diluar sana,anda perlulah mempelajari ilmu bekam sunnah nie yer...tak perlulah sibuk-sibuk menjazamkan banyak-banyak ayat untuk lihat jin dan sebagainya supaya nak jadi perawat hebat...Gabungkan saja kaedah ruqyah + bekam,insyaAllah segala gangguan jin pesakit akan berkurangan...dan perawat pun tiada counter attack dari bomoh kerana sudah dilindungi oleh Allah SWT kerana menyebarkan sunnah...masyaAllah.....

Dalil-dalil tuntutan berbekam:

1) Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik

2) Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

3) Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari

No comments:

Post a Comment