Followers

Saturday 24 November 2012

RAHSIA HABBATUS SAUDA






Assalamualaikum, Bismillah,Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia.  Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.  Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimkan sebelum sarapan pagi.  Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

Mengikut kajian seorang pengkaji dari Univ Malaya sel habbatussawda adalah sama dengan sel darah manusia.

Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA'

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

No comments:

Post a Comment